EXCO Kerajaan Negeri Borhan Aman Shah. Foto SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Kebuk sampah mudahkan urusan buang sisa pepejal di kampung

SHAH ALAM, 31 OKT: Pembinaan kebuk sampah di kawasan kampung diyakini dapat menjaga persekitaran kampung dan mewujudkan masyarakat yang sihat.

EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi yakin pembinaan kebuk melalui peruntukan RM1 juta dalam Belanjawan Selangor 2021 menjadikan urusan pembuangan sisa pepejal lebih teratur.

“Kebuk sampah ini dijangka dibina secara berperingkat mengikut keperluan. Saya berharap supaya kemudahan ini dimanfaatkan penduduk sebaik-baiknya.

“Saya juga menggesa penduduk menjaga kebersihan kerana industri pelancongan lebih tertumpu dalam negeri ekoran pandemik Covid-19, jadi persekitaran kampung perlu dijaga,” kata Borhan Aman Shah.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021, Dato’ Menteri Besar mengumumkan pembinaan kebuk di kampung tradisi untuk mengawal pembuangan sisa pepejal yang boleh memudaratkan rakyat.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata isu longgokan sampah tidak terkawal di kampung dan pembuangan sisa pepejal menjadi ancaman terhadap kelestarian alam sekitar.


Pengarang :