Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Shahzihan Ahmad bercakap kepada media selepas Majlis Mesra Media Jais di Shah Alam Convention Centre pada 21 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jais benar 20 akad nikah sehari di pejabat agama sejak tengah November

SHAH ALAM, 29 NOV: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membenarkan 20 majlis akad nikah sehari di seluruh Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) sejak pertengahan November.

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata upacara tersebut perlu mendapat kebenaran ketua pendaftar nikah, cerai dan rujuk orang Islam Selangor.

“Upacara akad nikah diadakan dalam dua sesi iaitu 10 pada waktu pagi dan 10 pada waktu petang dengan tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

“Bagaimanapun pihak pengantin tidak boleh memilih tarikh sebaliknya ditentukan oleh pejabat agama di daerah terlibat,” katanya ketika dihubungi SelangorKini hari ini.

Pada 2 November, jabatan itu membenarkan hanya lima akad nikah dalam sehari pada Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 4 petang dengan tiga orang dibenarkan hadir iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan serta wali.

Kebenaran itu tertakluk kepada pasangan dalam Selangor dan pihak lelaki atau perempuan dari luar Selangor yang mendapat kebenaran rentas daerah atau negeri.

 


Pengarang :