Wakil ketua kampung di daerah Sepang dan Hulu Langat menerima bantuan set makanan kering daripada Mais pada 21 Nov 2020. Foto Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais agih 1,000 set makanan kering kepada mangsa banjir Hulu Langat, Sepang

SHAH ALAM, 22 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memperuntukkan RM50,000 membantu penduduk sekitar Hulu Langat dan Sepang yang menjadi mangsa banjir awal bulan ini.

Anggota Mais, Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian berkata sumbangan berupa 1,000 bungkusan makanan kering diagihkan semalam melalui wakil ketua kampung.

“Setiap mangsa menerima bungkusan berisi beras, gula, biskut, gula dan minyak.

“Kos sumbangan ini dari Baitulmal Mais dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Kampung Batu 20 Sungai Lui, Mohd Ramdan Kamso menghargai bantuan makanan tersebut.

“Ini dapat mengurangkan beban perbelanjaan penduduk selepas terjejas akibat banjir,” katanya.

Awal November lalu, lebih 400 rumah di 10 kampung di Hulu Langat ‘lumpuh’ akibat banjir susulan hujan lebat hampir lima jam.


Pengarang :