Pengguna jalan raya terpaksa meredah banjir kilat di sekitar Jalan Sultan Ismail ekoran hujan lebat ketika tinjauan di sekitar ibu kota pada 10 September 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Waspada cuaca buruk, hujan lebat kawasan Semenanjung

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dan hujan lebat di beberapa kawasan Semenanjung sehingga 27 Nov ini.

Met Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan kawasan Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan, Kuantan di Pahang serta di seluruh negeri Terengganu susulan hujan lebat dijangka berlaku di tiga negeri itu.

Amaran cuaca berwaspada turut dikeluarkan di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah serta di seluruh Perlis bermula 26 hingga 27 Nov.

Selain itu, amaran cuaca waspada dan hujan lebat dijangka berlaku sehingga 27 Nov juga turut dikeluarkan di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta di Perak dan di Kelantan melibatkan kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang serta Pahang di Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

– BERNAMA


Pengarang :