EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han.
BERITA UTAMA

PeKT tidak diiktiraf, elak bercanggah peranan ahli majlis PBT

SHAH ALAM, 16 DIS: Kerajaan Negeri tidak mengiktiraf pelantikan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) bagi memastikan tiada percanggahan dengan peranan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

EXCO kerajaan tempatan berkata ahli majlis berperanan mewakili kepentingan komuniti di kawasan mereka seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Tiada keperluan melantik PeKT untuk bertindak sebagai perantara antara komuniti dan kerajaan memandangkan tugas itu dipertanggungjawabkan kepada setiap ahli majlis,” kata Ng Sze Han dalam kenyataan.

Beliau menambah Kerajaan Negeri difahamkan wujud penggunaan nama PBT Selangor dalam kepala surat rasmi pertubuhan itu.

“Sekiranya perkara ini benar, ia merupakan suatu tindakan yang tidak wajar memandangkan PeKT tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PBT Selangor.

“Sebarang penggunaan nama PBT Selangor oleh PeKT dalam apa jua bentuk juga adalah tidak dibenarkan dan tidak sah,” katanya.


Pengarang :