Dato’ Teng Chang Khim berucap ketika Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) yang dianjurkan secara maya pada 13 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Program jana ekonomi negeri diteruskan ikut situasi semasa

SHAH ALAM, 19 JAN: Dua program besar yang dirancang tahun ini bagi menjana ekonomi negeri akan diteruskan sama ada secara fizikal atau maya, bergantung kepada situasi semasa Covid-19.

EXCO pelaburan berkata program meliputi Pameran Penerbangan Selangor 2021 pada 2 April, sementara Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2021 pada Oktober.

Dato’ Teng Chang Khim memaklumkan kedua-dua acara tersebut bagi menggalakkan pertumbuhan sektor aeroangkasa dan mempromosi negeri sebagai hab perdagangan global.

“Memandangkan ketika ini kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dan darurat, kita akan lihat keadaan semasa untuk sebarang penganjuran program,” katanya dalam sidang media semalam.

Chang Khim berkata Kerajaan Selangor tidak meletakkan peratusan tinggi pelaburan tahun ini memandangkan pergerakan terhad berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, jelasnya, aktiviti berkait perniagaan dan perdagangan tetap diteruskan secara dalam talian.

 


Pengarang :