Kontraktor KDEBWM melakukan kerja pembersihan di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya pada 3 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: KDEBWM hanya urus sampah domestik PPR Lembah Subang 1

PETALING JAYA, 4 FEB: KDEB Waste Management (KDEBWM) hanya bertanggungjawab mengurus kutipan sisa pepejal domestik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1.

EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail menjelaskan sampah pukal pula dikendalikan badan pengurusan bersama PPR terbabit.

“Kita harus betulkan perkara ini kerana ramai keliru selepas KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) maklumkan kutip sampah pukal diserahkan kepada KDEBWM.

“Kita risau orang mempersoal kenapa baru sekarang (KDEBWM) mahu masuk sedangkan mereka (masuk) untuk kutip sampah domestik,” katanya selepas meninjau masalah penduduk di sini semalam.

Sebelum ini, SelangorKini melaporkan keresahan penduduk PPR terbabit yang terpaksa hidup dalam sampah dan menghidu bau busuk ekoran kegagalan syarikat kontraktor mengurus sisa pukal.

Lebih mengecewakan apabila khidmat syarikat tersebut yang tamat pada 31 Disember lalu gagal menyelenggara sistem perparitan dan membaiki infrastruktur bangunan.


Pengarang :