Pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu Alwani berpindah ke rumah sewa baharu dan menyerah bantuan lain pada 16 Februari 2021. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS bantu ibu, bayi lapan bulan pindah rumah sewa baharu

SHAH ALAM, 17 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memindahkan seorang ibu dan bayinya berusia lapan bulan yang tinggal di rumah usang ke kediaman sewa baharu.

Agensi memaklumkan pihaknya turut mengagihkan bantuan makanan dan kewangan sebanyak RM300 sebulan kepada wanita yang dikenali sebagai Alwani.

“Insya-Allah mereka akan mula kehidupan baharu di sini dan pada masa sama Alwani akan mencari kerja untuk tampung kehidupan mereka sekeluarga.

“Sementara itu, anak beliau pula akan dihantar kepada pengasuh iaitu jiran sebelah rumahnya,” katanya di Facebook.

Sebelum ini, kisah Alwani pernah tular berikutan suami dan anaknya berusia empat tahun dikhuatiri hanyut ketika menjala ikan di sungai.

Bagaimanapun laporan sudah dibuat kepada pihak berkuasa bagi mengesan mereka berdua namun masih belum dijumpai.


Pengarang :