Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Halimey Abu Bakar menyerahkan tablet kepada penerima ketika program Jom Kembali ke Sekolah anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Setia di Petaling Jaya pada 26 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Pelajar B40 terima bantuan tablet, mudah belajar dalam talian

PETALING JAYA, 27 FEB: Pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerima bantuan tablet bagi kemudahan sesi pembelajaran dalam talian.

Ahli Dewan Negerinya berkata sumbangan itu diberi ekoran terdapat ibu bapa terpaksa menggadai barangan termasuk barang kemas dan motosikal semata-mata membeli gajet bagi tujuan berkaitan.

“Walaupun sesi persekolahan sudah dibuka namun ia tidak menyeluruh. Kita masih teruskan pemberian tablet dan setakat ini 15 pelajar menerimanya membabitkan peruntukan RM20,000.

“Sekiranya masih ada keluarga memerlukan, bawa penyata gaji dan kita akan pilih mereka yang benar-benar layak untuk dibantu,” kata Halimey Abu Bakar kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan baucar Jom Kembali ke Sekolah di sini semalam.

Seramai 500 pelajar menerima sumbangan berkenaan membabitkan pakaian dan sekolah serta alat tulis.


Pengarang :