Petugas Kesihatan Selcare melakukan saringan Covid-19 ketika Program Ujian Antigen RTK Covid-19 anjuran DUN Kota Anggerik di Klinik Selcare, Shah Alam pada 22 Januari 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Petaling kekal tertinggi catat kes harian Covid-19

SHAH ALAM, 20 FEB: Jangkitan Covid-19 di daerah Petaling kekal tinggi selepas 374 kes dilaporkan hari ini dengan kebanyakannya hasil saringan kontak rapat.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan jumlah itu melibatkan mukim Damansara sebanyak 158, Petaling (108), Sungai Buloh (94) dan Bukit Raja (14).

Ini diikuti Klang dengan 233 kes iaitu Kapar (156) dan Klang (77) manakala Hulu Langat mencatat 151 kes melibatkan Ampang (44), Cheras (33), Kajang (30), Beranang (27), Semenyih (11) dan Hulu Langat (enam).

“Sebanyak 67 kes dikesan di Kuala Selangor merangkumi Bestari Jaya (58), Jeram (empat), Ijok (tiga) dan Kuala Selangor (dua).

“Gombak merekodkan 56 jangkitan iaitu Rawang (28), Kuang (12), Batu (11), Hulu Kelang (empat) dan Setapak (satu) manakala 55 kes disahkan di Sepang dengan Dengkil (41), Labu (12) dan Sepang (dua),” katanya menerusi Facebook hari ini.

JKNS memaklumkan 24 kes dikesan di Kuala Langat membabitkan Telok Panglima Garang (12), Tanjung 12 (11) serta Bandar (satu).

“Sebanyak 15 jangkitan dilaporkan di Hulu Selangor dengan Serendah (10) dan Rasa (lima). Sabak Bernam catat tiga kes iaitu Pasir Panjang (dua) dan Sungai Panjang (satu),” katanya.

Sebanyak 1,001 kes tempatan dilaporkan di Selangor hari ini menjadikan keseluruhan sebanyak 93,527 kes selain pertambahan satu kematian membabitkan wanita berusia 81 tahun.


Pengarang :