Dato’ Seri Amirudin Shari melawat pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang pada 19 Januari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor sedia tempatkan 100 staf di pusat penilaian Covid-19

SHAH ALAM, 2 FEB: Kerajaan Negeri bersedia menempatkan 100 kakitangan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) daerah dan bilik gerakan untuk membantu pengurusan pesakit.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif tersebut antara usaha membantu Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang berdepan kekangan petugas.

“Kita perlu tambah baik CAC bagi mengukuhkan usaha mengesan atau mengenal pasti kontak rapat untuk isolasi, ini antara perkara penting yang perlu dilaksana segera.

“Usaha meningkatkan tahap kesihatan awam tidak boleh diletak atas bahu Kementerian Kesihatan sahaja, semua pihak mesti tampil bantu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Program Agenda Awani bertajuk ‘Strategi Selangor Perangi Lonjakan Kes Covid-19’ malam tadi.

Pada 30 Januari Amirudin berkata pihaknya mempertimbang untuk menambah Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di daerah berisiko tinggi perebakan wabak.

Selangor memiliki 19 CAC yang akan menentukan tahap kesihatan pesakit seterusnya mengenal pasti mereka yang sesuai untuk kekal di rumah atau mendapat rawatan lanjut di pusat kuarantin.


Pengarang :