Foto Facebook Air Selangor
AGENSISELANGOR

Air Selangor tawar kursus tukang paip bertauliah

SHAH ALAM, 7 MAC: Individu yang kehilangan pekerjaan susulan pandemik Covid-19 ditawar mengikuti kursus menjadi tukang paip bertauliah.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata peserta yang menyertai Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip akan menerima sijil Pencapaian Akademi Binaan Malaysia dan Kemahiran Pembinaan CIDM.

“Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kerjaya baharu sebagai tukang paip pastinya membuka pintu rezeki untuk anda dan keluarga yang tersayang,” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, mereka yang berminat boleh mengisi borang yang boleh dimuat turun di http://www.airselangor.com/media/sesama-mara/.

“Isikan maklumat anda dan sertakan dokumen atau notis pemberhentian kerja dari majikan dan seterusnya e-mel ke [email protected],” katanya.


Pengarang :