Petugas kesihatan Selcare membantu proses pendaftaran orang ramai yang mengikuti program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Stadium Mini Sungai Besar, Sabak Bernam pada 25 Februari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saringan percuma sekitar Bandar Bukit Puchong Sabtu ini

SHAH ALAM, 11 MAC: Penduduk Bandar Bukit Puchong dan kawasan sekitar digalak menyertai program saringan bersasar percuma pada 13 Mac.

Dato’ Menteri Besar berkata ujian bagi mengekang penularan Covid-19 berlangsung di Dewan Serbaguna MPSJ mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Penduduk Taman Mutiara Indah dan Taman Saujana Puchong turut digalakkan hadir pada hari berkenaan,” maklum Dato’ Seri Amirudin Shari melalui poster di Facebook.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Program yang menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan
tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

Seramai 4,352 individu terlibat dalam program saringan setakat Februari yang turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.

Foto Facebook Amirudin Shari

Pengarang :