Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan kepada penduduk pada program Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan, Kajang pada 27 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

294 kes baharu Covid-19 Selangor, 366 pesakit sembuh

SHAH ALAM, 7 APRIL: Sebanyak 294 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Selangor hari ini, meningkat sedikit berbanding 242 kes semalam.

Menurut data Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Petaling merekodkan kes baharu paling tinggi dengan 94 kes diikuti Hulu Langat (71) dan Klang (70).

“Dua daerah di Selangor mencatatkan kes bawah 10 iaitu Sepang (5) dan Hulu Selangor (7).

“Gombak pula mencatatkan (25) baharu, Kuala Langat (11), Kuala Selangor (11),” maklum agensi itu menerusi Facebook.

JKNS juga memaklumkan 366 kes sembuh setakat jam 12 tengah hari menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih negeri ialah 115,755. Tiada kematian dilaporkan di negeri itu hari ini.

Secara keseluruhan Malaysia mencatatkan 1,139 kes baharu dan seramai 1,199 pesakit sembuh.


Pengarang :