Orang ramai menjalani Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Negeri di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 7 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Covid-19: Kes di Selangor naik sedikit, satu kluster baharu

SHAH ALAM, 9 APRIL: Jangkitan Covid-19 di Selangor naik sedikit kepada 403 kes hari ini berbanding 374 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan menjelaskan sebanyak 228 kes hasil saringan kontak rapat manakala 101 kes dari kluster sedia ada.

“Manakala 72 kes lain-lain saringan dan dua lagi kes import. Keseluruhannya, Selangor mencatat 119,105 kes sejak pandemik menular,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menambah satu lagi kluster tempat kerja dikesan di Selangor membabitkan daerah Petaling dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur.

Menurut Dr Noor Hisham, kluster Taman Bukit Pantai melibatkan pelajar pusat pendidikan dengan 20 daripada 74 individu disaring positif wabak.

Sebanyak 1,854 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 357,607.

Daripada jumlah itu, Sarawak mencatat jangkitan tertinggi sebanyak 555 kes.

 


Pengarang :