Rakaman takbir raya melibatkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, barisan EXCO dan pegawai kanan kerajaan di puncak Bukit Malawati, Kuala Selangor. Foto ihsan Gaya Travel Magazine
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saksikan takbir raya, Senandung Aidilfitri #KitaSelangor

KUALA SELANGOR, 27 APRIL: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyertai rakaman laungan takbir raya untuk program Senandung Aidilfitri #KitaSelangor.

EXCO kebudayaan berkata imam Masjid Negeri Abdul Karim Omar memimpin takbir dalam acara yang turut melibatkan barisan EXCO dan pegawai kanan kerajaan untuk disiar melalui SelangorTV.

Borhan Aman Shah menjelaskan rakaman program berkenaan diadakan di puncak Bukit Malawati di sini sekali gus mempromosi keindahan bukit itu sebagai destinasi pelancongan.

“Takbir hari raya antara pengisian Program Senandung Aidilfitri #Kita Selangor yang berlangsung selama sejam.

“Program ini bukan khusus hanya untuk rakyat Selangor tetapi seluruh rakyat Malaysia termasuk yang berada di luar negara,” katanya.

Selebriti Raja Azura dan Salleh Yaacob bergandingan mengacarai program yang disertai artis terkenal antaranya Siti Nordiana, Najwa Latif, Bunkface dan Ahmad Yassin yang memiliki versi suara Allahyarham Datuk Ahmad Jais.

Rakaman antara 3 hingga 10 April dijalankan di beberapa lokasi di Sepang, Gombak dan Kuala Selangor. Selain SelangorTV, program itu akan disiar melalui Facebook Media Selangor.

Penerbit eksekutif Megaday Sdn Bhd Azhar Sulaiman bertanggungjawab menjayakan keseluruhan rakaman.

 

 


Pengarang :