Wakil rakyat DUN Rawang Chua Wei Kiat turut mengedar bubur kepada orang ramai. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat Rawang agih 550 baucar beli-belah raya

SHAH ALAM, 30 APRIL: Seramai 550 kaum Melayu di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang menerima baucar Jom Shopping Hari Raya Aidilfitri.

Wakil Rakyatnya, Chua Wei Kiat berkata pemberian itu diutamakan kepada golongan ibu tunggal, orang kelainan upaya dan asnaf miskin.

“Kita amat prihatin kepada golongan ini dan semoga bantuan itu meringankan beban mereka serta memberi keceriaan sempena kedatangan Syawal pada 12 Mei nanti,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata setiap penerima boleh menebus baucar berkenaan di Pasaraya NSK Bukit Rawang Jaya.

Inisiatif Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri, menyasarkan golongan berkategori pendapatan rendah (B40) sebagai inisiatif jangka panjang bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


Pengarang :