Petugas Kesihatan Selcare mencalit sampel untuk dianalisis ketika Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Cempaka, Saujana Impian, Kajang pada 8 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Empat kluster baharu libat pendidikan, tempat kerja di Selangor

SHAH ALAM, 15 MEI: Sebanyak empat lagi kluster baharu direkodkan di Selangor melibatkan kluster pendidikan dan tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan berkata jangkitan kluster Impian Indah dikesan di Gombak dan Petaling membabitkan pelajar serta kakitangan sekolah di Taman Impian Indah, Gombak.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster itu mengesan 26 kes positif selepas 170 individu disaring.

“Tiga kluster tempat kerja membabitkan dua kilang di Klang iaitu di Bandar Sultan Suleiman dan Taman Perindustrian Pulau Indah manakala satu di Hulu Langat.

“Seramai 230 individu disaring untuk ketiga-tiga kluster ini dan 60 disahkan positif,” katanya menerusi kenyataan.

Hari ini Selangor mencatatkn 1,507 kes baharu dengan semuanya merupakan jangkitan tempatan serta 26 kematian.


Pengarang :