Petugas Kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di Dewan Orang Ramai Titiwangsa, Hulu Langat pada 10 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor melonjak lebih 2,000

SHAH ALAM, 12 MEI: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor naik mendadak apabila lebih 2,000 kes dilapor hari ini.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah 2,082 kes di negeri ini adalah sebahagian daripada 4,765 kes yang dilapor seluruh negara.

“Sehingga 12 Mei, jumlah kes wabak yang dilaporkan adalah 4,765 kes seperti yang dijangkakan.

“Ia mungkin mencecah 5,000 kes pada pertengahan bulan ini,” kata Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook.

Katanya, negeri kedua tertinggi ialah Kuala Lumpur dengan 540 kes, diikuti Sarawak (405), Johor (348), Kelantan (297), Pulau Pinang (259), Kedah (226), Perak (172), Negeri Sembilan (122) dan Melaka (110).

Manakala negeri dan wilayah lain mencatat kes bawah 100 iaitu Sabah (70), Pahang (63),Terengganu (60), Labuan (6), Putrajaya (4) dan Perlis (1).


Pengarang :