Pesakit Covid-19 melakukan pendaftaran sejurus tiba di Pusat Kuarantin dan Rawatan Bersepadu Covid-19 (PKRC) di MAEPS Serdang pada 29 Mei 2021. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Sabak Bernam catat lima kes Covid-19 dari luar negara

SHAH ALAM, 23 JUN: Sabak Bernam mencatatkan lima kes baharu Covid-19 hari ini yang kesemuanya membabitkan jangkitan luar negara.

Menerusi kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di Facebook, kes melibatkan individu yang baru pulang dari England, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Manakala Kuala Langat mencatatkan 100 kes yang mana satu kes import dari Afrika Selatan.

Selain itu, Petaling kekal merekodkan jangkitan tertinggi iaitu 515 kes diikuti Gombak (357), Klang (360), Hulu Langat (352), Sepang (179) dan Kuala Langat (100).

Dua daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Hulu Selangor 71 kes dan Kuala Selangor (62).

Keseluruhan kes di Selangor adalah 2,001 menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 233,048 sejak pandemik menular.


Pengarang :