ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin menyertai Unit Tindak Bandar Utama melakukan sanitasi di kawasan kejiranan penduduk pada 10 Julai 2021. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Bandar Utama sedia khidmat sanitasi rumah penduduk

SHAH ALAM, 12 JULAI: Lebih 100 lokasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama disanitasi sejak Januari lalu sebagai usaha mengekang penularan Covid-19, kata wakil rakyatnya.

Jamaliah Jamaluddin berkata operasi dijalankan melalui Unit Tindak Bandar Utama menumpukan kawalan kebersihan awam di kawasan kejiranan serta kediaman penduduk yang terdapat kes positif Covid-19.

“Kerja pembasmian dilakukan atas dasar kewajipan menjaga keselamatan selain memberi ketenangan emosi kepada penduduk terutamanya jika ada penghuni dalam rumah mereka dijangkiti wabak.

“Oleh itu, saya perlu terus bersama mereka dengan memberikan bantuan langkah pencegahan penularan wabak selain sokongan emosi,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata kerja nyahkuman diteruskan dari semasa ke semasa sehingga situasi pandemik dalam negara pulih sepenuhnya.

Justeru, Jamaliah memaklumkan penduduk yang mahu mendapatkan perkhidmatan sanitasi boleh berhubung terus dengan penyelaras program John Leong menerusi emel [email protected].


Pengarang :