EXCO Pertanian dan Asas Tani Ir Izham Hashim meneliti kualiti barangan yang dijual di pasar tani Seksyen 13, Shah Alam ketika meninjau pematuhan SOP pada 31 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Betik, nanas antara tanaman bermutu tinggi jana ekonomi

SHAH ALAM, 25 OGOS: Selangor bakal memperkenal beberapa benih tanaman asli bermutu tinggi yang diusahakan penduduk negeri ini pada bulan depan.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata jenis tanaman tersebut termasuk betik, nanas, timun dan melon sesuai dengan kualiti tanah negeri.

“Setakat ini kita tetapkan 12 jenis tanaman bernilai tinggi sebagai pendekatan baharu sektor pertanian dapat menjamin ekonomi,” katanya menjawab soalan tambahan wakil rakyat Sementa Dr Daroyah Alwi pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada 7 September tahun lalu, Izham berkata sebanyak 12 jenis tanaman bernilai tinggi dikenal pasti sebagai pendekatan baharu sektor pertanian bagi menjamin ekonomi.

Beliau berkata tanaman seperti halia, kubis dan jagung ayam antara yang disasarkan bagi mengurangkan risiko kerugian jika berlaku perkara luar jangka.

Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumumkan pada Jun memperuntuk lebih RM13 juta merangkumi program jaminan bekalan makanan, Agro Prihatin dan peningkatan hasil.


Pengarang :