Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyiram air di pusara bapanya di tanah perkuburan Islam Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian pada 22 September 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jenazah bapa MB selamat dikebumi

PONTIAN, 22 SEPT: Jenazah ayahanda Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Islam Parit Asam Kumbang, Benut di sini jam 10.40 pagi tadi.

Terdahulu jenazah Shari Mokhsin dikafan dan disembahyangkan di kediamannya.

Amirudin mengetuai bacaan doa pada pengebumian yang dihadiri keluarga terdekat dan mengikut tatacara operasi piawai (SOP).

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham malam tadi manakala Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat menziarah jenazah hari ini.

Shari,67, meninggal dunia kira-kira jam 5.30 petang semalam disebabkan serangan jantung.

Pesara Jabatan Pengairan dan Saliran itu meninggalkan isteri, Urian Parmin,67, enam anak dan 22 cucu.

Amirudin adalah anak kedua daripada enam beradik.


Pengarang :