ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze (kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) Sdn Bhd Ramli Mohd Tahir (kiri) melihat tong sampah jenis ‘leach bin’ yang diserahkan kepada Pangsapuri PJS 7/15, Bandar Sunway pada 15 September 2021. Foto NORRASYIDAH ARSHAD/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KDEBWM sumbang tong sampah ‘leach bin’ untuk kemudahan penduduk Pangsapuri PJS 7/15

SUBANG JAYA, 16 SEPT: Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) menyumbang enam tong sampah jenis ‘leach bin’ kepada Pangsapuri PJS 7/15, Bandar Sunway semalam.

Pengarah urusannya Ramli Mohd Tahir berkata bantuan menerusi projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu menggantikan tong sampah lama yang usang dan rosak.

“Sumbangan ini dapat membantu penduduk menjaga kebersihan kawasan kediaman mereka selain memudahkan pekerja KDEBWM membuat kutipan.

Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berucap ketika majlis perasmian Pusat Kitar Semula KDEBWM di Bukit Puchong, Puchong pada 29 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Wakil rakyat Subang maklumkan tapak tong lama dah rosak. Bila waktu hujan air sampah mengalir keluar menghasilkan bau busuk malah anjing juga datang menyelongkar sampah. Jadi kita setuju sumbang tong sampah ‘leach bin’ bersaiz 1,100 liter,” katanya.

Sumbangan bernilai lebih RM10,000 itu diserahkan kepada Michelle Ng Mei Sze dan wakil penduduk L Baranitharan.

Menurut Ramli inisitif seperti itu akan diteruskan ke beberapa kawasan pangsapuri sekitar Ampang dan Petaling Jaya dalam masa terdekat.

“Kami mohon supaya penduduk gunakan tong sampah ini dengan betul. Jangan bakar sampah yang ada dalamnya serta tidak membuang sampah pukal.

“Mana-mana kawasan yang perlukan tong ini boleh membuat permohonan. Kami mengutamakan kediaman strata, pangsapuri dan komersial,” katanya.


Pengarang :