Anggota bomba di lokasi kejadian dua beradik ditimpa pokok di Serendah River pada 26 Sept 2021. Foto Ihsan JBPM
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kerajaan Negeri bantu urusan jenazah kanak-kanak maut ditimpa pokok

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kerajaan Negeri membantu memudahkan pengurusan jenazah seorang kanak-kanak lelaki yang maut akibat ditimpa pokok ketika mandi di Serendah River, Hulu Selangor petang semalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mayat mangsa berusia 10 tahun itu diuruskan melalui penyelaras pusat khidmat rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali.

“Pejabat saya telah berhubung dengan waris Allahyarham dan akan membantu memudahkan pengurusan jenazah melalui pusat khidmat rakyat penyelaras DUN Batang Kali,” tulisnya di Twitter.

Dalam hantaran sama, Amirudin turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terbabit.

“Takziah diucapkan kepada keluarga, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang soleh,” tulisnya.

Dalam insiden itu, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital KPJ Rawang manakala abangnya yang berusia 11 tahun cedera ringan dan menerima rawatan lanjut.

Keluarga mangsa memaklumkan sebelum kejadian mangsa bersama beberapa ahli keluarga mandi di sungai tidak jauh dari lokasi penginapan.


Pengarang :