Dato’Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui pada Majlis Jejalah Deepavali KEADILAN di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa pada 25 Oktober 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

KEADILAN Selangor bincang, bantu PRN Melaka

KLANG,25 OKT: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor akan membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, maklum pengerusinya.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Ada sebahagian pemimpin sudah mula bergerak. Bagaimanapun ada kekangan kerana kempen sangat ketat dan tidak pasti cara hendak laluinya.

“Kekangan ketat kerana tidak boleh bersemuka dan berkumpul walaupun dalam fasa empat. Saya rasa konsistensi kerajaan perlu ada dalam hal ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan Jelajah Deepavali KEADILAN Selangor di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan tiada sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya bermula 25 Oktober hingga 27 November hadapan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata larangan tersebut ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan tatacara operasi piawai (SOP) PRN dalam masa terdekat.


Pengarang :