Wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (kiri) menyerahkan bantuan pek makanan asas kepada seorang penerima (kanan) menerusi program fidyah Mais pada 6 Oktober 2021. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais: Sumbangan fidyah ringan beban 419 keluarga di Hulu Langat

SHAH ALAM, 7 OKT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan sumbangan fidyah berjumlah RM41,900 kepada keluarga sekitar Hulu Langat yang terkesan pandemik Covid-19.

Bantuan makanan asas meliputi beras, tepung, minyak dan gula berharga RM100 memanfaatkan 419 keluarga, menurut agensi itu semalam.

“Mais mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar fidyah yang budiman. Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban semua penerima,” katanya di Facebook.

Agihan melibatkan kerjasama 12 rakan strategik terdiri daripada masjid, surau, Sekolah Rendah Agama Sungai Kantan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Hulu Langat dan persatuan Cina Muslim.

Pada 29 September, Mais memaklumkan sebanyak RM7.56 juta pemberian bantuan diluluskan menerusi program agihan fidyah yang dilancarkan sejak 28 Disember tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM4.83 juta selesai diagih kepada 33,398 keluarga di seluruh negeri membabitkan bantuan sama.


Pengarang :