Selangorkini
Antara ibu tunggal dari pangsapuri kos rendah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima bantuan Ramadan pada 26 April 2021. Foto Facebook MPS
AGENSI SELANGOR

Belanjawan 2022: WBS harap bantuan kepada ibu tunggal terkesan pandemik

SHAH ALAM, 11 NOV: Belanjawan 2022 diharap dapat memberi tumpuan khusus dalam membantu golongan ibu tunggal, kata Ketua pegawai eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS).

Siti Kamariah Ahmad Subki berkata berdasarkan kaji selidik pihaknya mendapati sebanyak 25 peratus golongan itu terkesan pandemik Covid-19.

“Saya berharap belanjawan nanti dapat tumpukan bantuan kepada golongan ibu tunggal, berikan bantuan khusus untuk mereka bagi meringankan beban,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 8 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi sesi taklimat Belanjawan 2022 memaklumkan semua ADN dan pimpinan komuniti Selangor terlibat dalam penyediaannya.

Malah, Belanjawan 2022 juga melibatkan wakil rakyat pembangkang dan bebas dalam membincangkan intipati belanjawan yang lebih konstruktif demi manfaat rakyat.

Pembentangan Belanjawan Selangor akan dilaksanakan pada 26 November ini dan dibahas dalam tempoh seminggu sebelum diluluskan pada Disember.


Pengarang :