EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau (dua kanan) diiringi Ahli Dewan Negeri Banting Lau Weng San (tiga kanan) meninjau kelengkapan di Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor di Bandar Mahkota, Banting pada 16 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA JENAYAH

Pusat jagaan lega terima sumbangan, tampung kos urus golongan istimewa

BANTING, 16 DIS : Pengurusan Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor menarik nafas lega selepas menerima bantuan Kerajaan Negeri .

Pengerusinya S Murugaiyah @ Mr Jeevah berkata pihaknya mengalami kekurangan dana untuk beroperasi sejak penularan Covid-19 sehingga menjejaskan operasi pusat jagaan itu.

S Murugaiyah @ Mr Jeevah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Sekarang kita kurang terima dana dan bantuan syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO) sejak pandemik melanda. Jika sukar beroperasi dengan stabil, macam mana nak bayar gaji staf.

“Terima kasih kepada Kerajaan Selangor, kami amat hargai sumbangan tunai ini yang sedikit sebanyak membantu untuk membeli kelengkapan harian,” katanya.

Beliau ditemui dalam Program Kebajikan Lestari Selangor 2021 di Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor di sini hari ini.

Persatuan itu menerima sumbangan wang tunai RM45,800 yang disampaikan EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau.

Pada masa sama, Murugaiyah berharap lebih ramai masyarakat atau syarikat swasta menghulurkan bantuan kepada pusat jagaan terbabit.

Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor ditubuhkan pada 1996 bermula di Ampang Jaya kemudian berpindah di Banting pada 2012.

Kini pusat jagaan itu mempunyai 24 kakitangan termasuk penjaga dan 78 penghuni.


Pengarang :