Selangorkini
Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (tengah, belakang) bersama penerima sumbangan pada program bantuan kepada komuniti dan anak yatim di Apartment Lestari, Petaling Jaya pada 23 Januari2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSI BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

MBI peruntuk RM5 juta laksana program kemasyarakatan

PETALING JAYA, 23 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan memperuntukkan sehingga RM5 juta bagi menjayakan pelbagai program melibatkan masyarakat tahun ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata perbelanjaan itu merangkumi program komuniti, latihan dan kursus, sukan, alam sekitar serta ihya Ramadan.

“Mana-mana pihak termasuk golongan anak muda yang perlukan dana untuk lakukan sebarang program boleh hubungi kami. Penglibatan semua pihak dialu-alukan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan bakul makanan dan wang ringgit kepada anak yatim serta komuniti Apartment Lestari, Damansara Damai di sini hari ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan barang keperluan asas kepada komuniti dan anak yatim di Apartment Lestari, Petaling Jaya pada 23 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Tahun lalu, anak syarikat Kerajaan Negeri itu membelanjakan RM28 juta bagi melaksanakan program kebajikan dan inisiatif memerangi Covid-19.

MBI turut mengagihkan RM2.8 juta bagi membantu mangsa banjir negeri ini melalui program tanggungjawab sosial korporat dan sumbangan kepada Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit.


Pengarang :