Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menjalankan kerja menanam cerucuk kepingan besi secara sementara di lokasi tanah mendap Jalan LP 1A/2, Lestari Perdana, Seri Kembangan bagi menahan pergerakan tanah. Foto Facebook MBSJ
PBTSELANGOR

MBSJ pasang 336 cerucuk besi stabilkan pergerakan tanah

SHAH ALAM, 1 FEB: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memasang sebanyak 336 cerucuk besi sepanjang 135 meter di lokasi tebing runtuh di Lestari Perdana, Seri Kembangan sehingga semalam.

Timbalan Datuk Bandar berkata cerucuk itu dipasang pada kedalaman 12 meter untuk sementara bagi menstabilkan pergerakan tanah, lapor Sinar Harian.

Mohd Zulkurnain Che Ali turut memaklumkan peniaga yang terjejas di kawasan berkenaan dibenarkan menjalankan perniagaan semula apabila keadaan benar-benar selamat.

Menurutnya, MBSJ akan mengadakan perbincangan dengan pihak polis sebelum sebarang kelulusan dapat diberikan kepada peniaga.

Pada 25 Januari lalu, sebanyak lima kenderaan terjunam ke longkang besar susulan tebing runtuh di hadapan bengkel kereta di Lestari Perdana.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.

Insiden sama pernah berlaku pada 2017, iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.


Pengarang :