Orang ramai membeli barangan basah dan kering dengan harga berpatutan dalam program jualan dari ladang anjuran PKPS di Medan Selera Seksyen 7, Shah Alam pada 15 Januari 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ringan beban rakyat, Selangor cadang jual telur, daging, ikan bawah harga siling

SHAH ALAM, 8 FEB: Kerajaan Negeri bercadang menjual telur ayam, daging lembu dan ikan di bawah harga siling dalam usaha meringankan beban rakyat.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashimi berkata perancangan itu susulan sambutan menggalakan orang ramai menerusi inisiatif jualan ayam dengan harga RM8 sekilogram

“Ini merupakan inisiatif terbaru sehingga perayaan Aidilfitri. Kita sudah perkenalkan ayam dan ia diikuti telur ayam, daging lembu dan juga beberapa jenis ikan.

“Kualiti produk yang dijual kita jaga manakala harganya pula di bawah harga siling,” katanya selepas menghadiri program Ikon Agro Selangor 2021 di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata setakat ini terdapat dua lokasi jualan ayam murah dan pihaknya akan meluaskan lagi inisiatif tersebut di kawasan lain bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat.

“Sama ada kita bekerjasama dengan FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) Selangor atau PBT (pihak berkuasa tempatan) di pasar awam, kita akan memuktamadkanya nanti.

“Ini supaya bermula sekarang hingga hari raya, rakyat ada kemudahan dari segi mendapat keperluan harian ini dengan harga berpatutan,” katanya.

Kerajaan Selangor menjual ayam standard dengan harga siling RM8 sekilogram selama dua minggu bermula semalam bagi mengurangkan beban kenaikan harga barang makanan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penjualan melibatkan 50,000 ekor ayam itu dijalankan di Wisma PKPS serta Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan.

Inisiatif menerusi Program Intervensi Harga Makanan Ehsan membabitkan dana RM1 juta itu akan dipanjangkan ke kawasan Dewan Undangan Negeri dan parlimen sekiranya


Pengarang :