Permainan digital mampu menjana pendapatan. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

NFT Gaming mampu lonjak ekonomi gig Malaysia

Oleh Tan Su Chiat

KUALA LUMPUR, 30 MAC: Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, sebut sahaja ‘Ekonomi Gig’ spontan tergambar di minda, pemandu e-hailing dan penghantar makanan, masing-masing dengan tugas menghantar penumpang atau bungkusan, makanan dan minuman.

Buat masa ini, ekonomi gig di Malaysia dikuasai oleh syarikat teknologi yang besar seperti Grab, Foodpanda dan Shopee. Kebanyakannya bermula secara sederhana tetapi perkhidmatan yang ditawarkan semakin menjadi popular menerusi penggunaan aplikasi syarikat masing-masing

Bagaimanapun, keadaan pada masa depan mungkin berbeza seperti yang dikongsi oleh Datuk Clifford Hii, pengasas Metabond Group Sdn Bhd, sebuah syarikat teknologi tempatan.

Menurut beliau, secara tradisi, ekonomi gig merangkumi pelbagai jenis pekerjaan, kesemuanya bersifat sementara atau untuk jangka pendek, dan menarik ramai pekerja dengan kepelbagaian kemahiran.

Di samping itu, terdapat pekerjaan ekonomi gig yang lain yang memberi pendapatan yang lebih baik termasuk pengaturcara, jurutera dan pemaju, kebanyakannya dalam industri pengkomputeran atau teknologi.

“Masyarakat di negara ini, rata-ratanya mula terdedah dengan ekonomi gig menerusi e-hailing, penghantaran makanan atau membuat pesanan barangan secara dalam talian. Jadi, sudah tentunya bagi mereka kebanyakan pekerja ekonomi gig adalah pemandu dan penghantar makanan/barangan.

“Tetapi sebenarnya, ekonomi gig lebih meluas dan banyak potensi untuk berkembang dan mampu memberi peluang yang lebih baik untuk mereka yang terlibat di dalamnya, ” tambah beliau.

NFT, play-to-earn gaming

Clifford turut berkongsi pandangannya bahawa permainan digital games, seperti Play-to-Earn non-fungible token (NFT)-powered, blockchain games, mampu menghasilkan pendapatan yang boleh menampung kehidupan komuniti.

Pendek kata, beliau yakin bermain games boleh menghasilkan pendapatan.

Digital NFT games seperti Axie Infinity dan Cryptokitties mendapat liputan meluas di seluruh dunia kerana wang yang banyak dibelanjakan oleh pemainnya untuk membeli NFT berkaitan dengan games. Ini termasuk Sandbox iaitu sistem permainan secara maya yang memungkinkan pemain untuk mengumpul aset digital NFT.

Apabila permainan ini menjadi popular, bilangan pemain akan turut bertambah dan kebanyakan mereka memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluansendiri serta keluarga mereka.

“Dalam hal ini, contoh terbaik adalah Axie Infinity, yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai dalam kalangan golongan kurang bernasib baik di Filipina. Ramai pemain bergantung kepada game ini untuk mencari wang, terutamanya semasa pandemik Covid-19.

“Saya tahu, tak semua dapat menerima idea mencari nafkah dengan digital games, terutamanya, computer games, tetapi itulah realitinya, ” kata Clifford.

Menurut beliau, mencari nafkah dengan bermain games bukannya satu perkara baharu, memandangkan pemain profesional dalam sukan dan e-sukan dapat menampung kehidupan mereka dengan berbuat demikian.

Bagaimanapun, hanya peratus kecil daripada jutaan pemain yang beroleh pendapatan dan Clifford mahu keadaan itu berubah.

“Sesiapa yang bermain games seharusnya mendapat hasil pendapatan. Pemain juga harus bermain dan mendapat keseronokan, bukan menghabiskan masa berjam-jam melakukan tugas yang sama tanpa sebarang manfaat,” katanya.

Permainan digital menghasilkan pendapatan

Menurut Clifford, syarikat beliau sedang mengusahakan permainan digital NFT mereka yang pertama, iaitu Soulbond: Rebels Arise.

Beliau berkata, permainan berkenaan akan berkembang untuk memberi manfaat kepada komuniti kurang bernasib baik, terutamanya di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, yang dapat menjana pendapatan serta memperbaiki kedudukan kewangan mereka.

Ini mungkin dilihat terlalu idealistik dan tidak realistik tetapi Clifford bukan berangan-angan kosong.

Sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersenarai di Bursa dan bernilai berbilion ringgit, beliau mencipta kejayaan dalam perniagaan hartanah sebelum membuat keputusan menceburi dunia gaming dan NFT.

“Berbanding kebanyakan NFT games yang ada, yang menekankan lebih kepada aspek kewangan, Soulbond lebih kepada MMORPG (multiplayer online role-playing game), yang memberi peluang kepada pemain mendapat pengalaman menjadi sebahagian daripada Soulbond metaverse – kerja, bermain, hidup dan dalam masa yang sama, mendapat wang.

“Bermain digital games sebenarnya kerja ekonomi gig – kerja separuh masa, tak memerlukan banyak benda (yang perlu gajet seperti telefon dan komputer), dan tidak mengambil banyak masa,” katanya.

Menyakinkan puak yang skeptikal

Menurut Clifford, NFT games, seperti games dan sukan yang lain amat menghiburkan.

“Hiburan berbentuk tradisional seperti pementasan, wayang, persembahan secara langsung, muzik, sukan, semuanya ini bernilai berbilion ringgit. NFT games adalah bentuk hiburan baharu dengan satu perbezaan utama iaitu perolehannya diagihkan lebih demokratik.

“Game yang sedang saya bangunkan bukan sahaja akan memperkasakan golongan yang kurang bernasib baik tetapi juga mempamer serta mempromosikan studio seni butik di rantau Asia Tenggara.

“Kami menjalin kerjasama dengan studio untuk menghasilkan seni kerja NFT yang digunakan untuk game, membantu mereka mendedahkan daya kreativiti untuk penonton sejagat, ” tambahnya.

Clifford berkata, kumpulan pertama seni kerja NFT dihasilkan oleh studio seni Malaysia, Harbour Creativ. Ada petunjuk ia akan mendapat sambutan baik daripada kalangan pengumpul NFT dan seni digital.

Beliau turut menyentuh tentang kontroversi semasa mengenai mata wang kripto, NFT dan blockchain games, tetapi menyatakan ia semua adalah sebahagian daripada industri baharu.

“Sememangnya mencemaskan apabila mengendalikan pihak yang skeptikal, tetapi semua industri baharu penuh dengan cabaran dan penipuan.

“Terpulang kepada kita untuk mengelakkan diri daripada potensi ancaman dan menggunakan sepenuhnya peluang. Kejayaan bergantung kepada sejauh mana kita berjaya melakukannya, ” tambahnya.

Reputasi serta kedudukan Clifford dalam kalangan perniagaan tradisional, terutamanya di Malaysia, membantu beliau dalam aspek berkenaan.

Berbeza dengan projek NFT yang lain yang dikendalikan oleh individu tidak dikenali, Clifford mengambilekonomi gig sepasukan profesional yang mempunyai rekod kerja yang baik, dalam bidang masing-masing.

Beliau juga menyifatkan hakikat Metabond dan pasukannya masih baru dalam industri NFT gaming sebagai satu kelebihan kerana membolehkan mereka membawa visi unik kepada industri berkenaan.

Clifford berhasrat membina satu ekosistem digital untuk memperkasa golongan berpendapatan tendah dalam zaman digitalisasi.

“Kami mahu menjadi perintis kepada model ekonomi baharu untuk membantu golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan dengan memperkasakan mereka, menggunakan pengetahuan dan kemahiran digital, ” tambahnya.

Diterjemah oleh Melati Mohd Ariff

– BERNAMA


Pengarang :