DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (tengah) bergambar selepas berkenan menerima menghadap YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam. Turut berangkat DYTM Tengku Amir Shah (kanan). Foto Facebook Selangor Royal Office
AGAMANASIONAL

DYMM Sultan Selangor berkenan terima menghadap Tunku Idris

SHAH ALAM, 12 APRIL : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Temenggong Johor di Istana Bukit Kayangan, di sini semalam.

Menerusi Instagram Selangor Royal Official, Komander Tunku Idris Iskandar Al-Haj berkenan menghadap baginda Tuanku yang juga merangkap Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Tunku Idris secara rasmi menyertai TLDM pada 28 Jun tahun lalu dan kini menjawat jawatan sebagai Juruterbang Helikopter Skuadron 501 di KD Rajawali, Pangkalan TLDM Lumut.

 


Pengarang :