Bakal jemaah haji bergambar selepas selesai menerima insentif Haji Muassasah di Masjid Al-Amaniah Gombak pada 20 Julai 2017. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Permohonan Insentif Haji Muassasah RM500 dibuka tidak lama lagi

SHAH ALAM, 22 APRIL: Permohonan Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 kepada jemaah negeri ini akan dibuka dalam masa terdekat, maklum Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata khabar gembira itu akan diumum Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebaik pulang dari mengerjakan umrah.

“Sepertimana sebelum Covid-19, insentif kepada bakal jemaah haji di Selangor diteruskan tahun ini. Kenyataan rasmi berkaitan perkara ini akan diumum Dato’ Menteri Besar.

“Selepas itu, bakal jemaah boleh memohon melalui pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menyertakan surat tawaran haji sebelum dihantar kepada MBI,” katanya selepas mengagihkan juadah berbuka puasa kepada kakitangan Media Selangor Sdn Bhd di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Azri berkata jumlah jemaah haji dari negeri ini hanya akan diketahui melalui surat tawaran oleh Lembaga Tabung Haji Selangor minggu hadapan.

Insentif Haji Muassasah diselaras MBI sebagai tanda kepedulian dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada rakyat negeri ini yang bakal menunaikan haji.


Pengarang :