Kakitangan Tourism Selangor Sdn Bhd Fatin Nur Ain Hazreem Harul, 20,(kanan) bersama Tunku Farah Emyra Tunku Mohammad Shaharil,23, menunjukkan Aplikasi Go Selangor pada pelancarannya di i-CITY,Shah Alam pada 14 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Go Selangor mudahkan pengembara seluruh dunia dapat akses pelancongan

SHAH ALAM, 13 MEI: Aplikasi ‘Go Selangor’ memudahkan pengembara dari seluruh dunia mendapat akses berkaitan produk pelancongan negeri dengan mudah.

Dato’ Menteri Besar berkata aplikasi ini menjadi pusat sehenti di mana mempunyai pelbagai akses yang memberi kemudahan kepada pengguna.

“‘Go Selangor’ merupakan satu-satunya aplikasi pelancongan negeri di Malaysia yang memudahkan pengembara dari seluruh dunia mendapat akses bagi tempahan tiket, hotel, chalet, inap desa dan pengangkutan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Beliau juga berkongsi info grafik ‘Go Selangor’ dengan memaklumkan ia telah mempunyai 300 operator berdaftar dengan sasaran 100,000 menjelang akhir tahun dan tempahan boleh dibuat secara terus tanpa melalui ejen.

Ketika dilancar 14 April lalu, EXCO pelancongan berkata aplikasi dibangunkan hasil kerjasama syarikat pemula tempatan Tourplus Technology menelan kos RM3 juta itu selari usaha pendigitalan pelancongan Selangor.

Hee Loy Sian berkata ‘Go Selangor’ adalah satu-satunya aplikasi pelancongan yang dilancarkan di Malaysia dan ia sudah tersedia pada Google PlayStore, manakala iOS pada bulan ini.


Pengarang :