Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr G Gunaraj menyumbang khemah kepada ibu tunggal yang mahu memulakan perniagaan. Foto Dr G Gunaraj
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Rumah terbuka Aidilfitri DUN Sentosa secara fizikal hujung bulan ini

SHAH ALAM, 9 MEI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri secara fizikal pada hujung bulan ini.

Wakil rakyat Dr G Gunaraj berkata dalam majlis berkenaan beberapa acara menarik antaranya cabutan bertuah diadakan bagi meraikan tetamu yang hadir.

“Selama dua tahun, pusat khidmat menganjurkan rumah terbuka secara pandu lalu, kali ini kita laksanakan seperti biasa. Bagaimanapun pengunjung diminta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

“Majlis mungkin dibuat di Taman Maznah, Klang kerana lokasi strategik selain mudah untuk orang ramai meletakkan kenderaan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 2020 dan 2021, Gunaraj mengadakan rumah terbuka Deepavali secara pandu lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Tahun ini Kerajaan Selangor turut merancang mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di setiap daerah bagi meraikan rakyat.


Pengarang :