Penyokong Pakatan Harapan berkumpul sebelum berarak ke Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada 27 April 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Penyokong Kerajaan Perpaduan berkumpul, laungan kekal Kuala Kubu Bharu bergema

HULU SELANGOR, 27 APRIL: Ratusan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) berkumpul sebelum berarak ke Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) hari ini.

Laungan kekal Kuala Kubu, Kita Selangor dan Undi Perpaduan bergema sebagai tanda sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Kelihatan bersama penyokong, Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo.

Pang Sock Tao dinamakan mewakili Kerajaan Perpaduan manakala pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut mewakili Perikatan Nasional (PN).

Daftar Pemilih pilihan raya bagi PRK KKB adalah 40,226 orang terdiri 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

PRK KKB diadakan susulan kematian Lee Kee Hiong akibat barah pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN berkenaan 11 Mei ini, hari pengundian awal ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen 14 hari.


Pengarang :