Ir Izham Hashim bercakap kepada Media Selangor selepas meninjau rumah pam di pintu air Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada 17 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Selangor lepaskan 500,000 ikan setiap tahun elak sumber pupus

SHAH ALAM, 13 MEI: Sebanyak 500,000 ikan dilepas ke dalam sungai setiap tahun sebagai usaha mengelak sumber perikanan air tawar mengalami kepupusan.

EXCO permodenan dan asas tani berkata usaha berterusan setiap tahun itu dilakukan sejak 2008 iaitu ketika pihaknya mula menjadi Kerajaan Negeri.

“Pelepasan dilakukan bersama Jabatan Perikanan Negeri Selangor secara berperingkat menerusi program diatur sepanjang tahun. Ada pelbagai jenis ikan seperti lampam, kelah dan sebagainya,” kata Ir Izham Hashim kepada SelangorKini.

Beliau berkata sumber perikanan diancam kepupusan akibat beberapa perkara seperti pencemaran air, pembukaan tanah dan sikap individu yang melepaskan ikan spesies asing.

“Perkara ini dikeruhkan lagi dengan biologi ikan asing yang kebanyakannya adalah ikan invasif iaitu ikan yang berupaya memusnah dan mengubah ekosistem dicerobohinya sehingga menyebabkan kepupusan spesies asli tempatan.

“Kempen kesedaran akan dijalankan untuk mewujudkan kesedaran awam berkenaan kepentingan pemuliharaan spesies ikan asli dan mengurangkan kesan daripada ancaman ikan asing terhadap ekosistem perairan,” katanya.


Pengarang :