Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yide Mohamad Salim Sain dan Pengurus Besar Yide Nur Mohd Razali Abdullah mengadakan ziarah kasih yatim di rumah lima beradik yang kehilangan bapa akibat Covid-19 di Seksyen 24, Shah Alam pada 14 April 2022. Foto Facebook Yide
AGENSISELANGOR

Yide sasar kutipan infaq RM1.5 juta bantu mangsa bencana, anak yatim

SHAH ALAM, 11 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyasar kutipan Kupon Infaq RM1.5 juta hingga hujung Syawal ini bagi membantu mangsa bencana dan anak yatim.

Pengurus besarnya memaklumkan sejumlah RM258,333.89 diperoleh setakat ini, yang turut digunakan bagi membantu pesakit buah pinggang di pusat dialisis Majlis Agama Islam Selangor.

“Insya-Allah kita sasar RM1.5 juta dikutip sehingga hujung Aidilfitri. Kita mengalu-alukan sumbangan orang awam untuk berinfaq bagi bersama membantu individu dalam kesusahan,” kata Nur Mohd Razali Abdullah.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian ke akaun Yide 1223 4010 0073 30 (Bank Islam (M) Berhad) atau muat turun aplikasi InfaqYide di Google PlayStore atau App Store.

Setiap penyumbang juga boleh mendapat resit pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) apabila bersedekah.


Pengarang :