Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 12 tengah hari ini.
AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Klang dijangka mengalami hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 17 JUN: Daerah Kuala Selangor dan Klang, Selangor dijangka dilanda hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan amaran sama turut membabitkan seluruh negeri Melaka; Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan; Tangkak di Johor; Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang di Perak.

Kawasan lain adalah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :