Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir (empat, kiri) menyerahkan kad keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan hamper kepada seorang bayi di Hospital Assunta sempena sambutan ulang tahun ke-16 Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 21 Jun 2022. Foto Facebook MBPJ.
AGENDABERITA UTAMASELANGOR

MBPJ: Penutupan jalan mulai Jumaat hingga Ahad sempena ulang tahun ke-16

SHAH ALAM, 23 JUN: Jalan Yong Shook Lin di Seksyen 52, Petaling Jaya akan ditutup selama tiga hari mulai esok sempena sambutan ulang tahun ke-16 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan lencongan trafik turut dilaksanakan di sekitar kawasan berkenaan mulai jam 12.01 pagi Jumaat hingga 11.59 malam Ahad.

Sebelum ini Datuk Bandar Petaling Jaya memaklumkan sambutan ulang tahun MBPJ ke-16 bakal dimeriahkan dengan persembahan perarakan membabitkan 40 pasukan.

Mohamad Azhan Md Amir berkata perarakan itu membabitkan pelbagai jabatan, agensi kerajaan dan kumpulan komuniti yang selama ini membantu MBPJ membangunkan Petaling Jaya.

“Perarakan akan diadakan di laman MBPJ. Mereka akan berarak kira-kira 500 meter mengikut kreativiti masing-masing.

“Kita juga akan mengadakan 33 lagi acara lain antaranya pameran, jualan, pertandingan serta kejohanan yang kesemuanya melibatkan pelbagai pihak,” katanya.


Pengarang :