Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 25 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Siaran langsung pelan majukan ekonomi di SelangorTV petang ini

SHAH ALAM, 27 JULAI: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi memperkasa ekonomi yang dibentang jam 3.30 petang ini boleh ditonton secara langsung menerusi SelangorTV dan Facebook Media Selangor.

Dipancarkan dari sidang Dewan Negeri Selangor, pembentangan pelan lima tahun dari 2021-2025 turut dilaporkan portal Selangor Journal dan Selangorkini termasuk edisi Mandarin dan Tamil.

Pembentangan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari juga disiarkan di Facebook rasminya selain butiran penting itu diterbitkan dalam akhbar mingguan Selangorkini edisi 28 Julai-3 Ogos.

Sebelumnya, Amirudin menjelaskan RS-1 berfungsi membina daya tahan kukuh bagi mendepani cabaran masa depan dalam persekitaran yang kian kompleks.

Kerangka pembentukan Rancangan Selangor Satu meliputi pertumbuhan ekonomi yang menyelaras strategi pelaburan dan peningkatan kesejahteraan hidup serta keterangkuman sosial.

Turut ditekankan ialah pemacuan kelestarian bagi memulihara alam sekitar selain tadbir urus pintar serta berkesan dengan libat urus bersama pemegang taruh juga orang awam.

Rancangan itu melalui empat fasa utama melibatkan penjajaran visi, kerangka dan sasaran (pertama) sementara fasa dua merangkumi perincian diagnosis dan pembangunan kandungan.

Bagi fasa ketiga, ia melibatkan perincian dan penentuan keutamaan program sementara fasa empat pula merangkumi sesi validasi dan pemuktamadan laporan.


Pengarang :