EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim bercakap dalam Forum Rancangan Selangor Pertama (Ekonomi) 2021-2025 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 7 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tumpu majukan luar bandar, imbangi pembangunan pesat Lembah Klang

SHAH ALAM, 7 JULAI: Projek berimpak tinggi di selatan negeri antara tumpuan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang bakal dibentang Julai ini, kata EXCO perindustrian.

Menurut Dato’ Teng Chang Khim, projek Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS) bernilai RM1 trilion melibatkan Sepang dan Kuala Langat dengan keluasan 3,276 hektar.

Beliau menjelaskan usaha itu dibuat bagi mengimbangi pembangunan di negeri ini supaya tidak hanya tertumpu di kawasan bandar atau Lembah Klang sahaja.

“Kawasan selatan Selangor berpotensi untuk dimajukan. Menerusi IDRISS, kita beri insentif dengan menggalakkan pelabur bertaraf antarabangsa membangunkan projek-projek bernilai tinggi,” katanya.

Beliau bercakap dalam Forum Ekonomi RS-1 pada Majlis Simposium Prapelancaran RS-1 2021-2025 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini hari ini.

Rancangan itu menumpukan empat tema utama merangkumi ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus yang dijadikan panduan bagi menjayakan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.


Pengarang :