GALERI

Pembuat Wau Kapal, Zaidon Rosman menunjukkan rangka wau kapal yang telah siap di reruai pameran sempena majlis Pelancaran Buku-Buku Terbitan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 8 Ogos 2022. Wau Kapal merupakan permainan warisan rakyat Negeri Selangor yang telah wujud sejak tahun 1850-an. Keunikan yang terdapat pada Wau Kapal adalah pada konsep rekabentuknya iaitu satu-satunya wau tradisi Melayu yang menggunakan unsur buatan manusia iaitu kapal dan terdapat juga unsur flora seperti bunga tanjung dan motif kosmologi seperti ombak air dan tali air pada hiasan Wau Kapal. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI


Pengarang :