Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membuat penggulungan ketika Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 2 Ogos 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Dewan Negeri lulus usul Rancangan Selangor Pertama

SHAH ALAM, 2 OGOS: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan usul Rancangan Selangor Pertama (RS-1) bagi tempoh lima tahun mulai 2021-2025.

Kelulusan pelan ekonomi itu diumumkan Speaker Ng Suee Lim setelah mendapat persetujuan Ahli Dewan Negeri (ADN) dan dibahas selama tiga hari mulai Khamis lalu.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat membahas usul rancangan yang memacu negeri antaranya ADN Kota Anggerik Najwan Halimi dan Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama).

Turut berbahas ialah ADN Bukit Lanjan Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Syamsul Firdaus Mohamed Supri (Taman Medan) dan Mohd Sany Hamzan (ADN Taman Templer).

RS-1 yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar pada 27 Julai mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, usaha negeri itu tidak mengetepikan pelan lima tahun Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang masih berjalan dan memberi kesan kepada Selangor.

Jelasnya, RS-1 juga dirancang bagi menangani cabaran besar yang dihadapi dunia ketika ini antaranya Perang Rusia-Ukraine selain Perang Dingin antara China dan Amerika Syarikat.


Pengarang :