AGENDAJENAYAH

Kadi direman empat hari, disyaki buat tuntutan palsu elaun perjalanan

JOHOR BAHRU, 9 OGOS: Seorang kadi daerah di negeri ini, ditahan reman selama empat hari kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu dua tahun lepas

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini hingga Jumaat depan, lapor portal Berita Harian.

Suspek yang berusia 51 tahun ditahan kerana mengemuka tuntutan palsu kepada Bahagian Kewangan Pejabat Kadi Daerah berkenaan, bagi Oktober 2020 berkaitan tuntutan elaun perjalanan dalam negeri miliknya.

Suspek membuat tuntutan menaiki kenderaan persendirian, sedangkan beliau menghadiri program anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan menggunakan kenderaan jabatan.

Terdahulu, tertuduh tiba ke mahkamah Johor Bahru dengan berpakaian lokap dan diiringi pengawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 8.30 pagi tadi.


Pengarang :