Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) meninjau pusat utama syarikat Yayla Agro, yang merupakan pemuka industri makanan halal di Ankara, Turki ketika lawatannya ke nagara itu baru-baru ini. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor bakal jadi pusat edar makanan halal Turki di Asia Tenggara

SHAH ALAM, 23 OGOS: Selangor sedia menjadi pusat pengedaran untuk syarikat pemuka industri makanan halal dari Turki mengembangkan perniagaan mereka di Asia Tenggara.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan tawaran itu berikutan potensi perniagaan syarikat Yayla Agro yang berpangkalan di Ankara kian memberangsangkan ketika ini.

Beliau menjelaskan sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat itu telah menembusi pasaran makanan halal merangkumi tujuh benua dengan keberadaan di lebih 80 negara.

“Potensi perkembangan perniagaan mereka di Asia Tenggara dalam fasa yang sangat memberangsangkan.

“Saya teruja menawarkan kapasiti Selangor untuk mereka menumpukan pusat pengedaran Asean mereka sebagai sebahagian misi pelaburan dua hala,” katanya di Facebook sempena lawatan ke Turki.

Delegasi Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor turut berkesempatan melawat syarikat yang tertubuh lebih 38 tahun dan bertemu Pengerusi Lembaga Pengarahnya Mr Kenan Demirtas.

Dalam pada itu, Amirudin turut meluangkan masa dan memberi penghargaan kepada anak Selangor Irfan Khairrul, yang bertugas selaku pakar eksport Yayla Agro ketika ini.

“Sesungguhnya kami bangga dengan semangat #KitaSelangor saudara Irfan,” katanya lagi.


Pengarang :