Atlet menembak Selangor Muhammad Syukri Zulkifli (baju merah) giat berlatih ketika tinjuauan Selangorkini pada 30 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

SUKMA 2022: Olahraga, menembak dan renang disasar sumbang emas Selangor

SHAH ALAM, 16 OGOS:  Olahraga, menembak dan renang antara sukan yang disasar sebagai penyumbang emas Selangor dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Mohamad Nizam Marjugi berkata sasaran itu berdasarkan prestasi semasa atlet dalam sukan berkenaan sekali gus mencapai sasaran 40 emas.

“Seperti yang disasar EXCO sukan ( Mohd Khairuddin Othman) iaitu mencapai 40 emas, 40 perak dan 40 gangsa, insya-Allah kalau ada rezeki kita mampu meraih lebih dari itu.

“Ia bagaimanapun bergantung pada prestasi mereka pada kejohanan itu nanti. Kita sandarakan renang, olahraga, menembak dan memanah mampu meraih emas nanti,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini MSN Selangor kekal dengan sasaran untuk berada di kelompok tiga terbaik dengan kutipan 40 pingat emas pada penganjuran SUKMA ke-20 mulai 16 hingga 24 September.

Sebanyak 31 jenis sukan dan 445 acara bakal berlangsung bagi edisi kali ini di sekitar Lembah Klang.

 


Pengarang :