Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura RM10,000 kepada Nazir Masjid Al-Ansar Abd Hamid Surip (enam, kanan) selepas menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut di Taman Keramat, Ampang pada 31 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Dana tahunan naik taraf institusi Islam, laksana aktiviti

AMPANG, 31 OKT: Kerajaan Negeri menyumbang RM15,000 kepada sebuah masjid dan surau di Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang bagi membolehkan pusat ibadah itu melaksanakan aktiviti.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan berjumlah RM10,00 diberikan kepada Masjid Al-Ansar, Taman Keramat manakala RM5,000 diserah kepada Surau Al-Aziziah, Jalan AU 1A.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengharapkan institusi agama dimartabat dan dimanfaatkan. Sebab itu Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sediakan sejumlah dana setiap tahun.

“Tujuannya nak naik taraf dan pastikan pusat agama dalam keadaan baik dan selesa untuk jemaah gunakan selain melaksanakan aktiviti ,” katanya ditemui di Surau Al-Aziziah hari ini.

Beliau turut menunaikan solat Asar secara berjemaah dan beramah mesra dengan penduduk.

Sementara itu pengerusi surau Hamid Kassang Ngabun berkata bantuan itu sebagai modal untuk aktiviti pengimarahan serta baik pulih kemudahan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura RM5,000 kepada Pengerusi Surau Al-Aziziah, Hamid Kassang Ngabun selepas menunai solat Asar di Surau Al-Aziziah, Jalan AU1A/2, Ampang pada 31 Oktober 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Pengarang :